Pelancaran Garis Panduan Berkhatan Kebangsaan
17 September 2026
Pada 17 September 2026, Garis Panduan Berkhatan Kebangsaan dilancarkan di Auditorium Hospital Shah Alam, bersempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit. Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
MADOCS turut membuka booth sepanjang majlis, memberi penerangan kepada pengamal perubatan dan pelawat mengenai latihan serta program privileging berkhatan pertubuhan.
MADOCS mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua pihak yang terlibat. Untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan dan program latihan MADOCS, hubungi urusetia kami.