AKTIVITI 2025
CCC5
COMPREHENSIVE CIRCUMCISION COURSE 5
Hotel Maluri, Cheras
9 Februari 2025
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
COMPREHENSIVE CIRCUMCISION COURSE 5 (CCC5)
MADOCS telah berjaya menganjurkan edisi kelima Comprehensive Circumcision Course (CCC5) pada 9 Februari 2025 bertempat di Hotel Maluri, Cheras.
Program sehari ini menyediakan latihan teori penting kepada doktor berdaftar mengenai amalan berkhatan yang selamat dan standard, disampaikan oleh pakar bedah serta pakar industri berpengalaman.
MADOCS merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa, fasilitator dan peserta atas komitmen mereka dalam menjayakan CCC5.
‘Towards Safe Circumcision’CCC6
COMPREHENSIVE CIRCUMCISION COURSE 6
Hotel Maluri, Cheras
1 Jun 2025
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
COMPREHENSIVE CIRCUMCISION COURSE 6 (CCC6)
Sekali lagi MADOCS berjaya melaksanakan siri program CCC untuk kali ke 6 pada 1 Jun 2025 di Hotel Maluri Cheras Kuala Lumpur.
Kursus komprehensif sehari ini bertujuan melatih doktor-doktor berdaftar untuk melakukan prosedur khatan yang betul & standard, dengan selamat. Disebelah pagi, para peserta dihidangkan dengan sesi teori oleh pakar-pakar bedah dan pemain industri yang berpengalaman. Sebelah petang pula mereka berpeluang menyaksikan demo prosedur khatan secara langsung, diikuti sesi hands-on bagi membolehkan mereka mengalami sendiri cara melakukan prosedur khatan pada pesakit-pesakit sebenar. CCC kali ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mempelajari 3 kaedah khatan moden iaitu kaedah Guillotine, Tekno Klem dan ZSR Stapler. Kaedah Tekno Sealer menggunakan Tekno Klem dicipta dan dibangunkan oleh doktor-doktor dari Indonesia. Kali ini para peserta mendapat kesempatan belajar kaedah 'mould & glue' ini dari team pelopor Tekno Klem & Tekno Sealer yang diketuai oleh Dr Aprilio yang didatangkan khas dari Indonesia.
CCC juga adalah program serampang dua mata iaitu selain bertujuan latihan, ia membolehkan juga MADOCS memberikan khidmat masyarakat CSR khatan percuma kepada golongan yang memerlukan.
MADOCS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kursus ini, dan tidak dilupakan kepada semua para peserta yang telah memberikan komitmen yang tinggi.
'Towards Safe Circumcision'
CCC7
COMPREHENSIVE CIRCUMCISION COURSE 7
Hotel The Katerina Batu Pahat,
13 September 2025
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
COMPREHENSIVE CIRCUMCISION COURSE 7 (CCC7)
MADOCS sekali lagi dengan jayanya meneruskan siri program CCC dengan edisi ketujuh yang telah diadakan pada 13 September 2025 bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor.
Edisi ketujuh Comprehensive Circumcision Course (CCC7) telah berjaya dianjurkan, dengan MADOCS meneruskan misinya untuk melatih doktor berdaftar dalam amalan berkhatan yang selamat dan berstandard. Para peserta menerima latihan teori daripada pakar bedah berpengalaman diikuti dengan demonstrasi berkhatan secara langsung dan sesi hands-on.
MADOCS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang serta peserta atas kejayaan penganjuran CCC7.
'Towards Safe Circumcision'
PCC2
KURSUS KEISTIMEWAAN UNTUK BERKHATAN (DORSAL SLIT) BAHAGIAN 2
Hotel The Katerina Batu Pahat, Johor
13 September 2025
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
PRIVILEGING COURSE FOR CIRCUMCISION (DORSAL SLIT) PART 2 (PCC2)
MADOCS telah berjaya menganjurkan bahagian kedua bagi Privileging Course for Circumcision (Dorsal Slit), iaitu PCC2, pada 13 September 2025 bertempat di The Katerina Hotel, Batu Pahat, Johor.
Program ini merupakan kesinambungan daripada Bahagian 1, iaitu sesi peperiksaan teori yang telah diadakan pada 25 Oktober 2024. PCC2 berfungsi sebagai fasa pelengkap praktikal, membolehkan peserta menamatkan latihan mereka melalui sesi hands-on bagi kaedah berkhatan Dorsal Slit.
Selepas demonstrasi dijalankan, setiap peserta meneruskan penilaian hands-on individu, di mana mereka diperuntukkan 50 minit untuk menyelesaikan prosedur berkhatan di bawah bimbingan dan penyeliaan jurulatih berpengalaman. Penilaian praktikal ini memastikan setiap peserta kompeten, yakin, dan bersedia secara klinikal sebelum diberikan sijil privileging.
PCC2 mencerminkan komitmen berterusan MADOCS dalam meningkatkan standard latihan berkhatan serta memperkukuh kecekapan klinikal dalam kalangan pengamal perubatan. MADOCS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa, fasilitator, dan peserta atas dedikasi mereka dalam menjayakan program ini.
‘Khatan Cara Selamat’
