TENTANG KAMI

TENTANG KAMI
Siapa Kami?
Kami adalah persatuan yang
bukan berasaskan keuntungan,
bukan kerajaan dan bebas dari
segi politik yang menumpukan
agenda peningkatan pengetahuan
dan kemahiran khatan dan
pembangunan kesihatan yang
mampan untuk professional
perubatan dan masyarakat.
MADOCS telah diluluskan
pendaftaran oleh Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(JPPM) pada 23 Ogos 2022.
TENTANG KAMI
Apa Kami Buat?
Menyediakan sebuah wadah yang sesuai kepada para professional perubatan untuk bersama-sama meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan khatan demi untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat kepada masyarakat.

Objektif Kami

Untuk berkongsi ilmu berkaitan
sunat, teknik, kepakaran, dan lain lain sesama ahli.
Bertindak bagi pihak ahli sebagai
barisan hadapan dalam menjaga
kebajikan ahli
Untuk mendidik, mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang aktiviti berkaitan khatan yang selamat.
Menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial untuk manfaat ahli dan orang ramai
Perancangan Aktiviti & Projek

Program Berkhatan Kanak-Kanak beramai-ramai yang akan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik berkhatan yang terdapat di Malaysia.
Cadangan untuk mengadakan aktiviti CSR anjuran MADOCS dan akan melibatkan pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan penyertaan pihak penaja.
Tauliah/Pengiktirafan - Satu usaha dan pendekatan akan diambil untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan terhadap MADOCS dari sudut penubuhan dan profesionalisme keahlian MADOCS.
Seminar Khatan akan dirancang dan dilaksanakan di Peringkat Kebangsaan.
Menjalankan pacuan keahlian supaya pengamal-pengamal perubatan menjadi ahli MADOCS.
Untuk menyelesaikan apa-apa masalah dan salah faham berkaitan perkaraperkara berhubungkait dengan khatan. Contohnya adakah boleh seorang doctor bukan Islam mengkhatan kanak-kanak Islam?
Mengadakan perjumpaan dan lawatan kepada pihak-pihak berkuasa yang mempunyai kaitan dengan kesihatan, agama, kebajikan dalam konteks khatan seperti Kementerian Kesihatan, JAKIM, Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjelaskan peranan MADOCS dan hubungannya dengan hal-hal perkhatanan.