Bayview Hotel, Georgetown Penang & H Medical Centre
24 & 25 Februari 2024
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
COMPREHENSIVE CIRCUMCISION COURSE 3 (CCC3)
MADOCS, dengan kerjasama Malaysian Medical Association (MMA) Cawangan Pulau Pinang, telah berjaya menganjurkan edisi ketiga Comprehensive Circumcision Course (CCC3) pada 24 Februari 2024 di Bayview Hotel, Georgetown, Pulau Pinang dan diteruskan pada 25 Februari 2024 di H Medical Centre.
Program selama dua hari ini menyediakan latihan teori dan praktikal kepada doktor berdaftar mengenai prosedur berkhatan yang selamat dan berstandard. Para peserta mendapat manfaat daripada sesi yang dikendalikan oleh pakar merangkumi anatomi, protokol keselamatan, pengurusan komplikasi serta demonstrasi hands-on bagi mengukuhkan kemahiran mereka.
CCC3 mencerminkan komitmen MADOCS dalam mempromosikan amalan berkhatan yang selamat serta meningkatkan kecekapan klinikal dalam kalangan pengamal perubatan.
MADOCS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan penganjur, fasilitator dan peserta atas sokongan dan dedikasi mereka dalam menjayakan CCC3.
TTT
KURSUS 'TRAIN THE TRAINERS', KHATAN TEKNIK DORSAL SLIT
The Everly Hotel, Putrajaya
27 Ogos 2024
CCC4
KURSUS LATIHAN BERKHATAN ZSR STAPLERS GEN-2
Hotel Horizon, Kota Kinabalu
14 September 2024
SUNATHON
SUNATHON KOTA KINABALU
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
14 & 15 September 2024
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Program Sunathon HUMS–MADOCS: KPT Prihatin MADANI
Program sulung Jelajah Khatan Perdana Sunathon HUMS–MADOCS telah berjaya dianjurkan pada 14–15 September 2024 bertempat di Pusat Rawatan Warga, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dianjurkan dengan kerjasama HUMS, UMS dan Malaysian Doctors Circumcision Society (MADOCS), program ini bertujuan menyediakan perkhidmatan berkhatan yang selamat, berstandard dan mampu milik kepada komuniti di bawah inisiatif KPT Prihatin MADANI.
Program selama dua hari ini telah menghimpunkan para pengamal perubatan, sukarelawan dan pasukan sokongan bagi memastikan setiap prosedur berjalan lancar dan selamat. Program ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa rakan organisasi, antaranya:
Malaysian Doctors Circumcision Society (MADOCS)
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS)
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Inisiatif Sunathon ini mencerminkan semangat keprihatinan komuniti, kerjasama dan kecemerlangan perkhidmatan, selaras dengan nilai MADANI yang menekankan empati, tanggungjawab dan keterangkuman. UMS dan MADOCS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kerjasama, pasukan perubatan, sukarelawan dan keluarga atas sokongan serta penglibatan dalam menjayakan program ini.
“Bertekad Cemerlang – Towards Safe Circumcision”
KURSUS
KURSUS KEISTIMEWAAN UNTUK BERKHATAN (DORSAL SLIT) BAHAGIAN 1