Kursus PCC2-4 Semporna, Sabah
18 Jun 2026
Kursus PCC2-4 MADOCS diadakan di Semporna, Sabah pada 18 Jun 2026, serentak dengan Program Berkhatan Beramai-ramai di Dewan Arena Masyarakat, Semporna.
Program berkhatan beramai-ramai itu memberi manfaat kepada 150 kanak-kanak kurang berkemampuan di daerah tersebut dan sekitarnya, dan dijalankan bersama pertubuhan Semporna Prihatin.
Seramai 32 orang doktor menjalani penilaian dalam kursus PCC2-4 di bawah penyeliaan 20 orang jurulatih yang terdiri daripada pakar pembedahan, pegawai perubatan dan pembantu perubatan bertauliah.
Hanya peserta yang memenuhi tahap kompetensi ditetapkan akan diperakukan untuk menerima Sijil Privileging Berkhatan (Dorsal Slit).