PPM-020-10-23082022 (ROS)
WhatsApp [email protected] +6010 263 8024

MADOCS dalam Media: 150 Kanak-kanak Dirai dalam Program Khatan MADOCS

3 Julai 2026

Sepanduk kursus PCC2-4 dipasang di hadapan premis di Semporna

Akhbar Kosmo! pada 3 Julai 2026 melaporkan Program Berkhatan Beramai-ramai MADOCS di Dewan Arena Masyarakat, Semporna, Sabah, yang memberi manfaat kepada 150 kanak-kanak kurang berkemampuan di daerah itu dan sekitarnya.

Menurut laporan tersebut, program sehari itu dijayakan oleh 77 petugas — termasuk 20 jurulatih dalam kalangan pakar pembedahan, pegawai perubatan dan pembantu perubatan — serta sukarelawan Semporna Prihatin.

Program itu dijalankan serentak dengan Kursus Privileging Berkhatan (Dorsal Slit) Bahagian Dua Siri Keempat (PCC 2-4) MADOCS, yang menyaksikan 32 orang doktor menjalani penilaian.

MADOCS merakamkan penghargaan kepada semua petugas, sukarelawan dan rakan kerjasama yang menjayakan program ini.

Sumber: Kosmo! — “150 kanak-kanak dirai dalam program khatan MADOCS” (3 Julai 2026)